Kerohanian
Sultan Johor duka cita berita perkahwinan tidak berdasarkan syara’
Titah pihak berkuasa Johor pastikan kesahihan
PETALING JAYA : Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan rasa dukacita berhubung berita perkahwinan seorang wanita tempatan berasal dari Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan tidak berdasarkan hukum Syara’ di India baru-baru ini.
Baginda telah bertitah agar semua usaha yang perlu dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut bagi memastikan kesahihan berita itu dalam tempoh terdekat.
“Oleh itu, isu berkaitan perkahwinan yang tular di media sosial itu hendaklah ditangani dengan penuh kebijaksanaan apatah lagi ianya melibatkan hubungan antara agama, kaum malahan dua negara,”
Baginda bertitah dalam satu kenyataan hari ini.