PolitikSemasa

Usul undi percaya : MB Perak gagal dapat sokongan majoriti

48 tolak, 10 sokong, 1 berkecuali

IPOH: [VIDEO]   Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, gagal menguasai sokongan DUN Perak hari ini apabila hanya memperolehi 10 undi sokongan usul undi percaya terhadapnya.

Daripada 59 ADUN, 10 menyokong usul berkenaan manakala 48 lagi membantah dan satu undi lagi berkecuali  dalam undi belah bahagian yang ditetapkan Speaker, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Usul undi percaya terhadapnya dikemukakan oleh ADUN Pengkalan Baru, Datuk Abdul Manaf Hashim, pada sidang berlangsung pagi ini.

Berikutan keputusan itu, kedudukan Ahmad Faizal yang juga Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) sebagai Menteri Besar Perak menjadi tanda tanya.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilantik semula sebagai Menteri Besar Perak ke-13  setelah mendapat perkenan daripada Sultan Perak Sultan Nazrin Shah selepas perubahan pucuk pimpinan kerajaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang itu mengangkat sumpah di hadapan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar 13 Mac lalu.

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button