PalestinSemasa

Paramedik Gaza Dedah Kekejaman Sebenar Serangan Israel

Seorang paramedik yang terselamat dari serangan maut ke atas konvoi bantuan kemanusiaan di Gaza mendedahkan butiran mengerikan yang menyangkal naratif rasmi Israel.

Munther Abed dari Bulan Sabit Merah Palestin menggambarkan detik ngeri ketika ambulansnya diserang pada subuh 23 Mac lalu, mengakibatkan 15 rakan sekerjanya terbunuh.

“Kami sedang menjalankan misi menyelamat seperti biasa. Semua lampu ambulans menyala – tiada apa yang disembunyi,” jelas Munther yang terselamat dengan melindungi diri di lantai ambulans.

Pendedahan ini bertentangan dengan kenyataan Israel yang mendakwa konvoi bergerak secara mencurigakan. Israel turut mendakwa sembilan anggota pejuang turut terbunuh, namun tiada bukti diberikan.

Mayat mangsa hanya ditemui seminggu kemudian, terkubur separuh dalam pasir berhampiran kenderaan yang musnah. PBB mengutuk perlakuan ini sebagai “penghinaan terhadap martabat manusia”.

“Saya akan terus bercakap benar untuk rakan-rakan saya yang terbunuh,” tekad Munther yang sempat ditahan dan disoal siasat selama 15 jam oleh tentera Israel sebelum dibebaskan.

Tragedi ini menambah senarai panjang kekejaman terhadap petugas kesihatan di Gaza, dengan lebih 1,060 nyawa terkorban sejak konflik bermula Oktober lalu.

 

Sumber: BBC News

Related Articles

Back to top button