KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan tiga individu bagi membantu kes rasuah membabitkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.
SPRM, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan lelaki pertama dikenali sebagai Clement Chen Wei Chien, 35, yang mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu, lelaki kedua dikenali sebagai Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-5098947,” menurut kenyataan itu.
Bernama pada Jumaat lalu melaporkan SPRM menahan 50 orang dalam Ops Selat di beberapa negeri, yang berkaitan pemalsuan cap kemasukan bagi melintasi sempadan negara, membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.