PalestinSemasa

Pekerja Tuduh Deutsche Welle Pro-Israel: Laporan

Beberapa individu yang bekerja dengan Deutsche Welle (DW), penyiar antarabangsa Jerman, menuduh organisasi itu bersikap berat sebelah pro-Israel dan anti-Palestin dalam liputannya mengenai perang Israel di Gaza.

Menurut laporan Al Jazeera, sebanyak 13 kakitangan, termasuk pekerja bebas dan seorang bekas koresponden, telah mendedahkan rangkaian tersebut. Mereka juga mendakwa bahawa tokoh kanan dalam bilik berita DW mencipta suasana ketakutan bagi wartawan yang membuat liputan isu sensitif seperti perang di Gaza.

Selain itu, beberapa rakan sekerja dikatakan telah membuat kenyataan Islamofobia dan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin serta penunjuk perasaan, terutama di pejabat DW di Berlin, tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Sumber: Al Jazeera

Related Articles

Back to top button