DomestikSemasa

Mangsa banjir Pulau Tongkang berterima kasih atas bantuan segera MAPIM

Pasukan bantuan MAPIM Rangers Kelantan yang diketuai oleh Abang Sani bersama pasukan MAPIM Rangers dari seluruh Malaysia, telah berjaya menyampaikan bantuan ke Pulau Tongkang di Daerah Tumpat.

Pulau Tongkang, sebuah kampung yang terletak di tengah-tengah muara Sungai Kelantan, hanya boleh diakses menggunakan bot melalui jalan air. Misi bantuan ini melibatkan penghantaran sejumlah barangan penting untuk mangsa banjir yang terjejas di kawasan tersebut.

Bantuan yang diserahkan:

  • 75 kotak food pack
  • 24 katon air mineral
  • 225 biji roti

Menurut laporan, banyak rumah di Pulau Tongkang telah terjejas akibat lumpur yang dibawa oleh arus deras dari Hulu Sungai Kelantan, dengan ketinggian lumpur mencapai 1 meter. Selain itu, hujan lebat yang berpanjangan turut merosakkan struktur beberapa rumah di kawasan tersebut.

Misi ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan MAPIM untuk memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di seluruh negeri dan kawasan terjejas lain. Pasukan MAPIM berharap bantuan ini dapat memberikan kelegaan sementara kepada mangsa yang sedang berdepan dengan kesulitan akibat bencana.

Penduduk yang ditemui semuanya mengucapkan terima kasih atas bantuan pantas MAPIM ini.

Pihak MAPIM juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam misi ini dan berharap usaha yang dijalankan akan terus memberi manfaat kepada masyarakat yang memerlukan.

Semoga usaha ini diberkati dan memberikan manfaat kepada semua yang memerlukan.

Related Articles

Back to top button