Semasa

Program Double-Decker Mobile Clinic anjuran MAIWP-MAPIM di Masjid Saidina Hamzah telah berlangsung dengan jayanya

Program Double-Decker Mobile Clinic anjuran MAIWP-MAPIM telah diteruskan di Masjid Saidina Hamzah, Kuala Limpur. Seramai sembilan orang petugas yang terdiri daripada doktor, jururawat, dan sukarelawan telah bertugas di klinik bergerak ini untuk memberikan perkhidmatan kesihatan kepada para pengunjung.

Pada hari pertama semalam, 57 orang telah menerima manfaat rawatan dan pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Antara yang telah mendapatkan manfaat adalah, Nik Kamarulzaman, seorang pesara berusia 72 tahun, yang telah tinggal di Taman Koperasi Polis Fasa 2 selama 25 tahun. Beliau bersara setelah berkhidmat sebagai pegawai perangkaan dan bertugas di Petronas. Sepanjang hidupnya, Nik Kamarulzaman telah menghadapi beberapa masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi. Walaupun menghadapi cabaran ini, beliau bersyukur kerana penyakitnya dapat dikawal dengan baik tanpa memerlukan rawatan yang lebih khusus.

Menurut Nik Kamarulzaman, beliau kini melakukan pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali atau tiga bulan sekali jika keadaan memerlukan. Beliau memuji doktor Mobile Clinic MAIWP_MAPIM yang merawatnya sebagai sangat mesra dan berterima kasih.

Menurutnya, “Program ini sangat bagus. Ia memudahkan ramai pihak. Ia perlu diteruskan.”

Sementara itu, Abdul Aziz bin Mat, seorang pesara swasta yang sudah 40 tahun menjadi Kariah Masjid Saidina Hamzah lain pula cerita. Beliau berasal dari Parit Buntar, sebelum berpindah ke Kuala Lumpur setelah tamat SPM dan telah menetap di sini sejak itu.

Abdul Aziz mengalami kemalangan motosikal lima tahun lalu, di mana beliau dilanggar di simpang dan mengalami kecederaan serius yang menyebabkan dua jari putus. Beliau menjalani pembedahan dan dirawat di hospital selama 10 hari. Selain daripada kecederaan fizikal, Abdul Aziz juga turut dikesan menghidap kencing manis dan darah tinggi.

Beliau berpuas hati dengan rawatan yang diterima dan kini menjalani pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan. Abdul Aziz memuji MAIWP sebagai sangat bermanfaat dan menganggap khidmat percuma yang diterima sebagai satu keuntungan yang besar.

 

Related Articles

Back to top button