PalestinSemasa

Netanyahu mahu lanjutkan perang dan gagalkan usaha damai : Hamas

Perdana Menteri israel, Benjamin Netanyahu, telah menghalang penyelesaian cadangan gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan dengan menetapkan syarat baru semasa rundingan pada hari Khamis dan Jumaat di Doha, kata kumpulan Palestin, Hamas.

“Cadangan baru ini mengikut syarat-syarat Netanyahu, terutamanya penolakannya terhadap gencatan senjata tetap, pengunduran penuh dari Jalur Gaza, serta tekanannya untuk meneruskan pendudukan di Persimpangan Netzarim (yang memisahkan utara dan selatan Jalur Gaza), laluan Rafah, dan Koridor Philadelphi (di selatan),” kata Hamas dalam satu kenyataan.

“Dia juga menetapkan syarat baru dalam pertukaran tebusan dan menarik balik beberapa syarat lain, dan ini menghalang penyelesaian perjanjian.”

Susulan pusingan rundingan baru-baru ini di Doha, Hamas mengesahkan “Netanyahu masih meletakkan halangan dalam usaha mencapai persetujuan, menetapkan syarat dan tuntutan baru untuk menggagalkan usaha perantara dan melanjutkan perang.”

Gerakan itu menegaskan komitmennya terhadap apa yang telah dipersetujui pada 2 Julai, berdasarkan cadangan yang disokong oleh Presiden AS Joe Biden dan resolusi Majlis Keselamatan PBB.

Ia menyeru kepada perantara untuk memenuhi tanggungjawab mereka dan memaksa (israel) melaksanakan apa yang telah dipersetujui.

Rundingan gencatan senjata di Doha selesai pada hari Jumaat selepas mengemukakan cadangan yang mengecilkan jurang antara israel dan Hamas, yang selaras dengan prinsip yang dinyatakan oleh Biden pada 31 Mei.

Biden berkata pada bulan Mei bahawa israel telah mengemukakan perjanjian tiga fasa yang akan mengakhiri genosid di Gaza dan memastikan pembebasan tebusan yang ditahan di enclave pesisir itu. Rancangan tersebut termasuk gencatan senjata, pertukaran tahanan-tebusan, dan pembinaan semula Gaza.

Tetapi rancangan itu terganggu bulan lalu apabila israel membunuh ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh, semasa beliau berada di Tehran untuk majlis pelantikan presiden Iran.

Biden berkata pembunuhan itu “tidak membantu” usaha gencatan senjata, dan rundingan terhenti. Pembunuhan itu berlaku hanya beberapa jam selepas israel membunuh seorang komander tinggi Hezbollah dalam serangan di Beirut.

Perdana Menteri Israel Netanyahu juga telah menghalang sebarang usaha ke arah gencatan senjata. Kritikan terhadap Netanyahu mengatakan bahawa dia melanjutkan perang untuk survival politiknya sendiri.

Rakan-rakan koalisi far-rightnya telah berulang kali berjanji untuk menjatuhkan kerajaan jika dia bersetuju dengan gencatan senjata, yang boleh mencetuskan pilihan raya yang mungkin menggugurkannya dari kuasa.

Sumber: AA

Related Articles

Back to top button