PalestinSemasa

israel kekurangan askar kerana jumlah korban yang tinggi dalam perang Gaza

Sekurang-kurangnya 10,000 tentera israel terbunuh dan cedera sejak meletusnya perang israel ke atas Gaza 7 Oktober lalu, menurut media israel.

Akhbar Yedioth Ahronoth pada Ahad berkata kira-kira 1,000 tentera dipindahkan setiap bulan ke jabatan pemulihan Kementerian Pertahanan kerana kecederaan yang dialami dalam perang Gaza.

“Tentera mengalami kekurangan sekurang-kurangnya 10,000 askar yang terbunuh atau cedera selepas berbulan-bulan lamanya pertempuran di Gaza,” kata akhbar itu.

Akhbar itu mengkritik Knesset (parlimen israel) kerana bercuti musim panas dari 22 Julai hingga pertengahan Oktober tanpa meluluskan undang-undang untuk melanjutkan perkhidmatan ketenteraan mandatori.

“Tidak ada situasi sedemikian dalam sejarah perang israel di mana askar berperang di dalam wilayah musuh, dalam keadaan yang tidak menguntungkan, selama 10 bulan berturut-turut,” ibu kepada seorang askar israel dalam Briged Nahal tentera memberitahu Yedioth Ahronoth.

Menurut akhbar itu, tentera wanita yang berkhidmat di Dataran Tinggi Golan yang diduduki, dimaklumkan secara mengejut mengenai lanjutan perkhidmatan selama empat bulan tambahan.

SUMBER: AA

 

Related Articles

Back to top button