Semasa

Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM: Masjid Zaid Bin Haritsah Sebagai Pusat Kesihatan Kariah

KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Haji Mohd Aizul bin Adnan, Pengerusi Masjid Zaid Bin Haritsah, menekankan kepentingan penjagaan kesihatan dan aktiviti kariah dalam menjadikan masjid sebagai pusat manfaat masyarakat setempat.

Dalam kenyataannya, beliau berkata, “Saya ucapkan ribuan terima kasih. Kali ke-2 program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM diadakan di masjid ini, dan kami sangat berbesar hati untuk program ini.”

Antara yang menerima rawatan ialah Rodziah binti Abd Rahman, seorang warga emas. Beliau adalah pesakit kanser yang telah sembuh dan hadir untuk pemeriksaan kesihatan umum. Rodziah sangat berpuas hati dengan rawatan yang diterima dan bersyukur kerana ubat-ubatan yang diterima adalah percuma.

Jainulabdeen bin Mohamed Hanifa pula mendapatkan rawatan perubatan bagi darah tinggi dan kencing manis. Beliau turut berpuas hati dengan perkhidmatan percuma yang diterima.

Alhamdulillah, pada hari pertama Mobile Clinic MAIWP-MAPIM, hampir 60 orang kariah Masjid Zaid Bin Haritsah telah disantuni. Rata-rata mereka sangat selesa dengan perkhidmatan yang diberikan dan berharap program ini dapat diteruskan ke lokasi lain di sekitar Kuala Lumpur.

Related Articles

Back to top button