Semasa

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Masjid Al Muqarrabin diserbu kaum ibu

Kuala Lumpur – Program Mobile Clinic yang dijalan pada hari Sabtu lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar terutamanya daripada kaum ibu.

Mereka sudah memenuhi ruangan foyer masjid untuk tujuan pendaftaran seawal 9.30 pagi.

Antaranya adalah Puan Rokiah Ismail yang berumur 78 tahun. Menurutnya, “Saya tidak ada masalah kesihatan, tetapi saya datang sebab nak pantau kesihatan saya.”

Tambahnya, dia mengetahui kehadiran Mobile Clinic selepas melihat pemberitahuannya di masjid.

Menurut pengarah program Mobile Clinic, Puan Nabila, “Program anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ini percuma dan sesiapa sahaja di kawasan Kuala Lumpur boleh hubungi kami (MAPIM) untuk mengadakan program ini di kawasan mereka.”

Melalui program ini, pihak MAIWP berharap akan ramai penduduk yang dapat dibantu daripada segi pemantauan tahap kesihatan mereka. Ini kerana ramai yang lambat mengetahui tahap kesihatan mereka sehinggalah mereka masuk hospital.

Program yang berlangsung selama dua hari telah menarik lebih 100 orang penduduk bagi membuat pemeriksaan kesihatan percuma, dan ada yang diberikan rawatan ringan.

Untuk mereka yang berada di Kuala Lumpur, yang berminat menjalankan program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di kawasan masing-masing, boleh hubungi hotline MAPIM Malaysia – 012-8002016

 

Related Articles

Back to top button