PalestinSemasa

 Sepanyol selar ‘double standard’ ke atas Gaza semasa sidang kemuncak NATO

Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez menggesa Barat menolak “double standard” berhubung perang genosid di Gaza ketika beliau menyertai pemimpin NATO dalam menyokong Ukraine.

“Jika kami memberitahu rakyat kami bahawa kami menyokong Ukraine kerana kami mempertahankan undang-undang antarabangsa, ini sama seperti apa yang perlu kami lakukan terhadap Gaza,” katanya pada sidang kemuncak ulang tahun ke-75 NATO di Washington.

Pemimpin Sepanyol itu berkata perlu ada “prinsip  politik yang konsisten” di mana kita tidak mempunyai double standard.

Sanchez berkata dunia perlu mendesak untuk menghentikan krisis kemanusiaan yang dahsyat ini, yang menjejaskan rakyat Palestin dan menggesa persidangan damai antarabangsa untuk menyokong negara Palestin.

“Kita perlu mewujudkan syarat untuk gencatan senjata segera,” katanya.

Dalam masa yang sama, Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dan Canselor Jerman Olaf Scholz telah mengadakan perbincangan mengenai serangan israel ke atas Gaza yang terkepung.

Erdogan memberitahu Scholz bahawa tekanan harus diberikan kepada israel untuk menamatkan serangannya ke atas Gaza dan tidak melepaskan peluang gencatan senjata, menurut Direktorat Komunikasi Türkiye.

Tambahnya, adalah penting untuk meningkatkan usaha untuk mencegah konflik daripada merebak ke rantau ini.

SUMBER : TRT World

 

Related Articles

Back to top button