Perbezaan jumlah tahanan adalah jelas.
Banyak kuasa dunia mendesak kumpulan penentang Hamas untuk membebaskan 116 tebusan israel, tetapi hanya ada sedikit permintaan daripada pihak yang sama untuk membebaskan 9,170 rakyat Palestin yang telah diculik israel sejak Oktober tahun lalu.
Menurut Kelab Tahanan Palestin, “Pihak berkuasa pendudukan israel, selepas 250 hari perang genosid, terus meningkatkan kempen penangkapan sistematik yang telah menahan lebih daripada 9,170 tahanan dari Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis, selain beribu-ribu dari Gaza.”
“israel telah melakukan jenayah kejam terhadap banduan, menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kematian, manakala dianggarkan berpuluh-puluh tahanan dari Gaza telah syahid,” katanya pada hari Rabu dalam satu kenyataan.
“israel baru-baru ini berkata dalam laporan penyiasatan bahawa 36 tahanan dari Gaza telah syahid, dan sehingga hari ini, ia enggan mendedahkan identiti atau keadaan kematian mereka,” tambahnya.
Kelab itu juga menegaskan bahawa 310 wanita dan sekurang-kurangnya 640 kanak-kanak telah ditahan.
Ia mengesahkan bahawa jumlah wartawan yang ditangkap adalah kira-kira 85 orang, dengan 52 masih dalam tahanan, termasuk 14 wartawan dari Gaza.
“Antara mereka yang ditahan, enam wartawan wanita ditahan sama ada di bawah tahanan pentadbiran atau atas tuduhan yang didakwa oleh israel sebagai hasutan.”
Ia juga menyatakan bahawa jumlah perintah tahanan pentadbiran telah mencapai kira-kira 6,627.
Apa yang dipanggil “penahanan pentadbiran” adalah perintah tentera israel yang kejam, yang membenarkan penahanan tanpa tuduhan, dilanjutkan sehingga enam bulan dan boleh diperbaharui.
The Prisoners’ Club berkata, “Isu tahanan Gaza pada masa ini merupakan cabaran utama bagi organisasi hak asasi manusia, terutamanya dengan amalan oleh israel terhadap majoriti tahanan dari Gaza dan keengganannya untuk membenarkan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah bagi melawat mereka dan memeriksa keadaan tahanan.”
Penyeksaan, penganiayaan
Mengenai penyeksaan terhadap tahanan, kelab itu berkata bahawa kaedah penganiayaan termasuk dahaga, kelaparan dan kekurangan keperluan hidup asas.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI