PalestinSemasa

Colombia gantung eksport arang batu ke israel kerana genosid di’ Gaza

Presiden Colombia Gustavo Petro berkata negara itu yang dilaporkan sebagai pembekal arang batu terbesar israel, akan menggantung eksport sumber bahan api itu ke Tel Aviv atas serangannya ke atas Gaza.

Petro, yang berhaluan kiri, memutuskan hubungan diplomatik dengan israel pada Mei dan telah mengkritik keras Perdana Menteri israel Benjamin Netanyahu.

Dalam catatan di platform media sosial X, beliau berkata pada hari Sabtu bahawa eksport arang batu akan dihentikan “sehingga pembunuhan beramai-ramai dihentikan,” merujuk kepada kematian Palestin dalam konflik itu.

Beliau juga berkata bahawa Bogota akan menghentikan pembelian senjata buatan israel, salah satu pembekal utama pasukan keselamatan negara Amerika Selatan itu.

Langkah itu akan berkuat kuasa dalam lima hari, menurut dekri kerajaan Colombia, yang mengatakan arang batu digunakan oleh israel sebagai sumber tenaga untuk membuat senjata dan barangan ketenteraan lain.

“Colombia percaya bahawa operasi ketenteraan terhadap rakyat Palestin mewakili pelanggaran norma undang-undang antarabangsa,” kata dokumen itu.

Pembekal arang batu terbesar israel

Menurut American Journal of Transportation, Colombia ialah pembekal arang batu terbesar kepada israel, mewakili lebih separuh daripada importnya.

israel telah bergantung kepada arang batu untuk 20 peratus daripada penjanaan elektriknya tetapi itu dijangka menurun kepada 3 peratus, dan ia mempunyai sumber arang batu lain, kata jurnal itu.

Persatuan perlombongan swasta Colombia berkata larangan sedemikian akan melanggar perjanjian antarabangsa dan meletakkan keyakinan pasaran dan pelaburan asing berisiko.

Colombia ialah pengeluar arang batu kelima terbesar di dunia, dengan Drummond dan Glencore antara pelombong utamanya.

Negara itu menghantar 56.7 juta tan metrik arang batu ke luar negara tahun lepas, termasuk 3 juta tan ke israel, kira-kira 5.4 peratus daripada jumlah eksport, menurut data kerajaan.

SUMBER: REUTERS AFP

 

Related Articles

Back to top button