DomestikSemasa

Walaupun sakit Ebby Yus tetap ceria terima ziarah Madani Finas-MAPIM

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) hadir dalam program Ziarah Madani Finas, menziarahi dan menghulurkan bantuan kepada empat orang lagi ahli PROFIMA dan SENIMAN. 

Antaranya ialah Mohamad Asauri bin Zainal Abidin (Ansang), Mohd Nor Azhar bin HJ Hamzah (Usu Azhar), Fauziah bt Abdul Samad (Gee) dan Muhammad Yunus bin Abdul Rashid atau nama panggungnya, Ebby Yus.

Sewaktu ziarah, Ebby Yus turut berkongsi perjalanan beliau sebagai seorang pesakit jantung. Oleh kerana jantungnya sudah tidak mampu berfungsi dengan normal, maka jantungnya kini berfungsi dengan bantuan bateri yang dimasukkan berhampiran jantungnya.

Selain itu beliau juga menghadapi masalah mata dan sudah membuat pembedahan katarak dengan Dr. Muhaya.

Menurut Zed Zaidi, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) yang juga kini ahli lembaga pengarah FINAS berkata “Tujuan program ini dijalankan adalah untuk membela bekas pengiat seni yang dilanda kesukaran. Bukan itu sahaja, malah ini menunjukan komitmen kami dalam usaha membela nasib mereka”

Ebby Yus kini masih meneruskan perjuangannya dalam bidang seni dan walaupun dengan kesihatannya dia tetap menjalani pengembaraan demi kelangsungan hidup

 

Related Articles

Back to top button