Semasa

MAPIM gesa siasat segera acara liar di tren KTM

MAPIM melaluinya Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid telah mengesa pihak berkuasa menyiasat segera video viral mengenai acara liar yang dianjur di dalam tren KTM yang kini disebar luas dalam media sosial.

Gambaran satu acara sekumpulan peserta yang  menari dalam tren KTM kelihatan berunsur liar .

MAPIM mengesa agar video tersebut disiasat dan mengenakpasti kesahihannya dan jika benar, siapa penganjur, apakah mendapat kebenaran daripada pihak KTM ?

MAPIM menegaskan wujud pihak yang sering mahu mencemar nilai sosial dalam kalangan masyarakat  kerap berlaku dalam negara ini yang melibatkan hiburan dan minuman keras harus dipantau dibentaras.

Penganjuran acara berunsur hiburan tidak bermoral di negara ini tanpa mendapat kelulusan telah kerap berlaku.

MAPIM mengesa pihak berkuasa bertegas dan memastikan tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk merosakkan budaya hidup Malaysia yang berteraskan kesopanan dan ketatasusilaan sebagai salah satu tonggak Rukun Negara.

 

Related Articles

Back to top button