Semasa

Program Mobile Clinic di PPR Kg Baru, Air Panas: Komitmed Terhadap Kesihatan Komuniti

KUALA LUMPUR – Seramai 150 pesakit asnaf dari pelbagai kaum telah mendapatkan manfaat daripada program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM yang berlangsung selama dua hari, pada 25 dan 26 April yang bermula dari pukul 10 pagi hingga 3 petang di PPR Kg Baru, Air Panas. Program ini diadakan untuk tahun ketiga berturut-turut.
“Kami menerima banyak permintaan agar program seperti ini diadakan setiap bulan kerana kemudahan yang disediakan untuk pesakit berhampiran dengan kediaman di samping pemberian ubat-ubatan yang berkualiti,” ujar Lidiahayani.
Pengarah program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM, Lidiahayani binti Ariffin, menyatakan bahawa program ini sangat memberi kepuasan kerana dapat membantu asnaf di PPR.
“Kami menerima banyak permintaan agar program seperti ini diadakan setiap bulan kerana kemudahan yang disediakan untuk pesakit berhampiran dengan kediaman disamping pemberian ubat-ubatan yang berkualiti.”
“Saya menyertai kerana ingin membantu dan mendapatkan pengalaman yang berharga dalam komuniti,” kata Dr. Kamaruddin
Para sukarelawan termasuk Dr. Kamaruddin bin M Isa seorang pesara dan aktivis kemanusiaan yang telah berkhidmat selama 3 tahun dalam klinik bergerak ini. “Saya menyertai kerana ingin membantu dan mendapatkan pengalaman yang berharga dalam komuniti,” kata Dr. Kamaruddin.
Dr. Buvaneswary sedang merawat pesakit

“Pengalaman sangat bermakna dalam menyatuni asnaf.”

Dr. Buvaneswary ap Subramaniam, juga menekankan pengalaman yang diperoleh melalui program-program Mobile Clinic ini sangat berharga.

Pembantu perubatan dan sukarelawan lain termasuk Deviprianair qp Krishnan Nair, seorang staf perawat dengan lebih 7 tahun pengalaman dan Fatin Humaira binti Ridzuan.
“Berinteraksi dengan pesakit dari pelbagai latar belakang memberikan pengalaman yang tidak ternilai,” menurut Deviprianair
Deviprianair menyatakan kepuasan dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan. “Berinteraksi dengan pesakit dari pelbagai latar belakang memberikan pengalaman yang tidak ternilai,” tambahnya.
Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini telah menjadi program inisiatif yang signifikan dalam memberikan bantuan kesihatan kepada komuniti asnaf dan diharapkan akan terus mendapat sambutan di masa hadapan.

Related Articles

Back to top button