PalestinSemasa

israel hapuskan 80% sekolah Gaza, PBB bimbang ‘scholasticide’

Pakar PBB menyatakan kebimbangan yang mendalam terhadap corak serangan yang telah merosak dan memusnahkan lebih daripada 80% sekolah dan universiti di Gaza, dan menganggapnya sebagai tindakan ‘scholasticide’.

Dalam laporan baharu PBB pada Khamis, sekumpulan pakar menimbulkan kebimbangan serius terhadap kemusnahan sistemik sistem pendidikan Palestin.

Pencerobohan tentera Israel yang berterusan telah menyebabkan kematian beribu-ribu pelajar, pendidik, dan kemusnahan tapak warisan budaya.

Tentera Israel telah memusnahkan atau merosakkan kesemua 12 universiti  di Gaza melalui serangan udara atau bom. Perobohan universiti terakhir di Gaza pada 17 Januari 2024, menandakan bukan sahaja kejatuhan sebuah bangunan, tetapi keruntuhan tempat perlindungan untuk budaya.

Pemusnahan itu sangat menyeluruh sehingga pakar PBB, yang berpengalaman dalam konflik global, tertanya-tanya jika istilah “scholasticide” – penghapusan sengaja sistem pendidikan – mungkin satu-satunya istilah yang cukup tepat untuk merangkum tragedi ini.

Membawa trauma

Di seluruh Gaza, lebih daripada 80 peratus institusi pendidikan menanggung parut bom Israel atau telah dihapuskan sepenuhnya dari peta .

Pencerobohan tentera tanpa henti sejak enam bulan lalu telah meninggalkan luka yang mendalam: lebih 5,479 pelajar, 261 guru dan 95 profesor universiti terkorban.

Serangan itu turut membunuh mereka yang mencari perlindungan di sekolah-sekolah PBB yang ditetapkan sebagai “zon selamat”.

Llebih 625,000 pelajar kehilangan daripada bilik darjah mereka, vakum pendidikan mengancam untuk menyedut generasi ke dalam keputusasaan.

Bagi kebanyakan orang, sekolah itu lebih daripada tempat pembelajaran; ia adalah tempat perlindungan daripada realiti yang keras di luar temboknya. Kini, dengan sekolah yang hancur, lebih sejuta kanak-kanak memerlukan kesihatan mental dan sokongan psikososial, membawa trauma yang mungkin tidak akan sembuh sepenuhnya.

Pembasmian budaya

Tetapi serangan itu bukan hanya serangan pada masa sekarang – ia adalah serangan terhadap warisan seluruh rakyat.

Perpustakaan, menempatkan sejarah Palestin berabad-abad lamanya, hancur. Arkib Pusat Gaza, khazanah 150 tahun dokumentasi, lenyap.

Tapak warisan, masjid dan gereja yang menjadi bukti sejarah budaya yang kaya dan unik telah rosak atau musnah.

Penghancuran budaya berjalan selari dengan kemusnahan pendidikan, setiap bata yang jatuh, cerita hilang, secebis identiti dipadamkan.

“Serangan terhadap pendidikan tidak boleh diterima. Masyarakat antarabangsa mesti menghantar mesej yang jelas bahawa mereka yang mensasarkan sekolah dan universiti akan bertanggungjawab,” kata pakar PBB sambil menyatakan bahawa akauntabiliti bagi pelanggaran ini termasuk kewajipan untuk membiayai dan membina semula sistem pendidikan .

“Kami berhutang kepada anak-anak Gaza untuk menegakkan hak mereka untuk pendidikan dan membuka jalan untuk masa depan yang lebih aman dan adil.”

SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI

 

Related Articles

Back to top button