Majlis Bandaraya Chicago meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata kekal dalam perang Israel ke atas Gaza yang terkepung.
Resolusi itu, diluluskan dengan undian sengit, 24-23, termasuk geasaan untuk bantuan kemanusiaan dan pembebasan semua tawanan.
Chicago ialah bandar terbaharu AS yang meluluskan resolusi sedemikian, mengikuti Atlanta, Detroit dan San Francisco dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
“Adakah saya percaya bahawa kata-kata yang kita ucapkan hari ini, bagaimana kita mengundi hari ini mempengaruhi dasar antarabangsa secara langsung? Saya tidak. Saya tidak mempunyai ilusi itu, tetapi kami mengundi dengan harapan. Kami mengundi dengan perpaduan. Kami mengundi untuk membantu orang ramai berasa didengari dalam dunia yang sunyi,” kata Alderman Daniel La Spata, salah seorang penaja resolusi itu.
Ordinan itu sebahagian besarnya kekal tidak berubah sejak beberapa bulan lalu walaupun didesak oleh ahli Yahudi tunggal majlis itu, Alderwoman Debra Silverstein, yang meminta lebih banyak sokongan terhadap Israel dan kritikan terhadap Hamas.
“Kita semua mahu menamatkan pertumpahan darah dan menamatkan perang. Tetapi adalah penting untuk memahami apa yang menyebabkan konflik, dan kita harus meluluskan resolusi bagi menangani isu itu secara bertanggungjawab,” katanya semasa mesyuarat itu.
SUMBER : TRT World