Dalam 48 jam setelah Mahkamah Antarabangsa (ICJ) mengeluarkan keputusan, Israel terus membunuh rakyat Palestin di Gaza. Hal itu dimaklumkan oleh sebuah kumpulan pemantau hak asasi manusia (HAM) Euro-Mediterania pada Isnin (29/1/2024).
Sebagaimana diberitakan Al Jazeera, kumpulan yang berpangkalan di Geneva itu melaporkan tentera Israel telah membunuh 373 rakyat Palestin – termasuk 345 warga awam – dan mencederakan 643 orang lainnya dalam dua hari setelah keputusan ICJ atas dakwaan tindakan genosid.
Israel juga telah meningkatkan usahanya untuk membuat warga (Palestin) kelaparan serta secara paksa mengusir mereka dari rumah-rumah mereka di Gaza,” kata kumpulan tersebut.
“Bertentangan dengan keputusan pengadilan tertinggi dunia dan melanggar undang-undang dan prinsip-prinsip antarabangsa, Israel terus melakukan kejahatan perang terhadap kemanusiaan, termasuk genosid terhadap rakyat Palestin,” ungkap Euro-Mediterania.
Sebelumnya, Mahkamah Antarabangsa pada Jumat (26/1/2024) secara rasmi memerintahkan israel untuk menghentikan genosid terhadap warga Palestin. Pengadilan dunia di Den Haag, Belanda tersebut juga memerintahkan Israel untuk membantu warga awam di Gaza walaupun Israel tidak mempersetujui gencatan senjata seperti yang diminta oleh Afrika Selatan.
Afrika Selatan telah membawa kes (genosid) ini ke ICJ awal Januari 2024. Afrika Selatan meminta untuk menghentikan perang antara Israel dengan kelompok Hamas.
Perang tersebut telah mengorbankan lebih dari 26,000 rakyat Palestin, yang sebahagian besar korbannya adalah perempuan dan anak-anak. Afrika Selatan menuduh Israel melakukan genosid dalam serangannya.
SUMBER : AFP