Covid19KemanusiaanPalestinSemasa

Siapa pun ketua negara `Uncle Sam’, Palestin terus dicabuli

Tentera rejim robohkan rumah

TEBING BARAT : Ketika dunia menguar-uarkan siapa kalah siapa menang pada pemilihan presiden Amerika Syarikat, malah kini sudah pun menang, isu Palestin tetap sama.

Sejak awal bulan ini, Palestin terus dicabuli. 

Rintihan mereka hanya sekadar rintihan.

Khirbet Humsah : penduduk Harb Abu al-Kabash “Sekarang kami terpaksa duduk di bawah hujan. Perkara ini tidak adil. Kami tidak tahu mereka akan datang dan kami tidak bersedia. 

Hanya tergamam dan seolah hilang arah, nasib ketua keluarga ini pasrah.

Seorang bapa dari Abu al-Kabash  :  “Mereka pernah datang untuk roboh beberapa binaan, tapi kali ini mereka roboh satu kampung, yang paling besar setakat ini.”

Badan Pasukan Pertahanan Israel (IDF) menyerbu ke perkampungan Palestin di Tebing Barat lalu merobohkan sebanyak 11 rumah kediaman.

74 orang termasuk 41 kanak-kanak terpinga-pinga dan hanya mampu melihat tindakan rakus Zionis.

Hilang tempat berteduh daripada panas cuaca, dan impak pandemik Covid-19 warga Palestin terus dihimpit penderitaan.

Penduduk di kawasan tersebut berkata mereka menduduki kawasan itu sejak tahun 1967, apabila regim Israel menceroboh Tebing Barat dan bahagian timur Baitulmuqaddis memaksa ribuan rakyat Palestin berpindah tempat.

Moataz Bisharat, seorang aktivis Badan Palestin yang bertanggungjawab meninjau penjahan perumahan Zionis di Lembah Jordan, memberitahu Anadolu Agency bahawa angkatan regim Israel telah menyerbu “masyarakat badwi Hamsa di bahagian timur pekan Tubas lalu merobohkan rumah-rumah rakyat Palestin di kawasan itu.

Tentera Israel merobohkan rumah di Khirbet Humsah ( Sarit Michaeli, B’Tselem)

Tambahnya,  seramai 23  keluarga menduduki perkampungan itu.

Ketua majlis Kampung Ibziq, Abdul Majeed Khdeirat, memberitahu yang angkatan Israel juga telah merampas jentera pertaniannya, traktor, sel-sel tenaga suria, dan tangki air.

 Yvonne Helle, seorang penyelaras kemanusiaan PBB di wilayah Palestin, mengatakan regim Israel telah memusnahkan 76 binaan di Khirbet Humsah, “lebih daripada jumlah roboh dalam dekad yang lalu.”

Harapan mangsa penjajahan Rejim Zionis yang membuat petisyen selama bertahun-tahun atas ugutan mengusir oleh Yahudi, ditolak mentah-mentah Mahkamah Tinggi Israel.

Malah Benjamin Netanyahu dengan kerasnya mengatakan akan meneruskan lagi rampasan beberapa kawasan tanah besar di Tebing Barat termasuk Lembah Jordan.

Bukan sahaja diserbu tentera, Zionis membawa jengkaut menghancurkan bukan sahaja rumah tapi jiwa penduduk Palestin.

Aisha Abu Awad: “Kami tiada terkata dengan penjajahan ini, dunia pun tidak berbuat apa untuk mengentikan tindakan Israel”

 

(MEE/Akram el-Waara)

Perdana Menteri Palestin, Mohammed Shtayyeh mencela perobohan itu dan mengecam Israel yang memilih waktu malam ini untuk melakukan jenayah.

Berdasarkan data dikumpul oleh B’Tselem,  badan anti-jajahan NGO Israel, lebih dari 800 warga rakyat Palestin hilang tempat tinggal akibat perobohan besar oleh regim Israel sejak pencerobohan bermula.

Peter Santo, jurucakap Kesatuan Eropah (EU) yang memberi pertolongan kepada masyarakat Palestin yang terjejas di Khirbet Humsah mengutuk kekejaman Israel dan tekankan supaya semua aktiviti meroboh dihentikan terutamanya sewaktu menemui ancaman pandemik COVID-19.

Di Washington, tiada sesiapa menyatakan jenayah perang Israel.

Malah tidak menghairankan pentadbiran Donald Trump atau pun Joe Biden, mereka pasti menyebelahi dan menyokong Israel.

Ini sahaja tinggalan selepas kezaliman Zionis, dan anak kecil tanpa tempat berteduh.

Tinggalan penduduk Bedouin selepas rumah dirobohkan di Khirbet Humsa. (Photo: Jaafar Ashtiyeh/AFP via Getty Images)

– AGENSI 

Olahan : Siti Zulaikha Yusri

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button