Semasa

Nahas pesawat di Elmina: Kerajaan gerakkan agensi bantu keluarga mangsa

KLANG: Kerajaan akan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam pada Khamis yang mengorbankan 10 nyawa.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meringankan beban keluarga, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Sekarang ini kita bagi semua bantuan yang diperlukan untuk uruskan jenazah, semua kelengkapan dan penginapan. Selain itu kerajaan berikan bantuan kepada keluarga untuk menampung (keperluan), terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi pihak keluarga”, katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi itu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.

Perdana Menteri turut memaklumkan proses bedah siasat dan proses pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu, akan dipercepat bagi memudahkan pengurusan jenazah.

Kredit foto SADIQ ASYRAF | Pejabat Perdana Menteri

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan minta supaya bersabar, tiada siapa boleh jangka cuma yang dilakukan sekarang ialah mempercepatkan proses forensik dan ujian DNA”.

“Sebaik selesai semua, (jenazah) akan diuruskan oleh kerajaan sama ada Majlis Agama, Kerajaan Selangor dan jabatan berkenaan. Kita akan bantu meringankan beban keluarga”, kata Perdana Menteri.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memberikan penerangan kepada PMX & TPM di luar unit forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah sebentar tadi

Beliau yang mengikuti perkembangan kes tersebut sejak semalam, bersyukur dengan kelancaran operasi dijalankan oleh agensi terbabit, selain meluahkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua anggota terlibat.

Pada petang Khamis semalam, 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian tersebut yang terdiri daripada 6 penumpang dan 2 kru pesawat ringan itu, manakala 2 lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.

Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada pukul 2:48 petang.

BACA JUGA
Nahas pesawat di Elmina: MAPIM rakam ucapan takziah

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button