DuniaSemasa

Lagi gempa terbaru di selatan Turkiye, 23 cedera

ISTANBUL: Sekurang-kurangnya 23 orang cedera dalam gempa bumi pada magnitud 5.3 yang menggegarkan selatan Turkiye, kata Menteri Kesihatan Fahrettin Koca pada Khamis.

Gempa kali ini berlaku kira-kira 6 bulan selepas bencana dahsyat era moden melanda negara berkenaan.

Pusat pemantauan gempa bumi Kandilli di Istanbul melaporkan gempa itu berlaku pada 8:47 malam (1747 GMT) Khamis, dengan pusat gempa di perbandaran Yesilyurt wilayah Malatya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam bencana pada 6 Feb lalu, wilayah Malatya adalah antara kawasan yang paling terjejas teruk, menyaksikan kira-kira 2,300 orang meninggal dunia, menurut Datuk Bandar Selahattin Gurkan.

Dua gempa bumi kuat dan banyak gempa susulan pada 6 Feb lepas, menggegarkan tenggara Turkiye dan utara Syria, mengorbankan lebih 50,000 orang.

BACA JUGA
Gempa bumi Türkiye & Syria: mangsa harap sokongan berterusan

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button