COPENHAGEN: Kumpulan kecil aktivis anti-Islam mencetuskan lagi kemarahan umat Islam apabila membakar Al-Quran di hadapan kedutaan Mesir dan Turki di Copenhagen, Denmark pada Selasa selepas insiden sama berlaku di Sweden beberapa minggu lalu.
A woman trying to prevent someone who wants to burn the #Quran in front of the #IraqiEmbassy in the #Danish capital, #Copenhagen.
But #Denmark police #attacked the woman and returned the #Quran so that person could burn it.#shameful #Shameless pic.twitter.com/UUdRy7sOQl
— Chaudhary Parvez (@ChaudharyParvez) July 26, 2023
Denmark dan Sweden berkata, mereka ‘sangat kesal’ dengan pembakaran kitab suci Al-Quran tetapi tidak dapat menghalangnya di bawah peraturan yang melindungi kebebasan bersuara.
Minggu lalu, penunjuk perasaan di Iraq membakar kedutaan Sweden di Baghdad yang marah dengan insiden sama.
Tunjuk perasaan dan pembakaran kitab suci di Copenhagen dilakukan kumpulan digelar ‘Patriot Denmark’.
Kementerian Luar Turkiye pada Selasa mengutuk sekeras-kerasnya ‘serangan berterusan’ terhadap Al-Quran, sambil menambah pihak berkuasa Denmark membenarkan tindakan ini bermakna mereka tidak melihat ‘kesan teruk’ balasan yang akan diterima.
Pada Isnin, Turkiye menggesa Denmark mengambil langkah perlu bagi menghalang ‘kebencian terhadap Islam’.
Bahrain pada Selasa memanggil utusan khas Sweden dan menyerahkan surat bantahan yang membenarkan pembakaran Al-Quran di Stockholm.
Kementerian Luar Iraq pada Isnin menggesa pihak berkuasa negara-negara Kesatuan Eropah (EU) untuk segera mempertimbangkan semula kebebasan bersuara dan hak untuk berdemonstrasi.
Kementerian Luar Mesir pada Selasa melakukan tindakan sama dengan memanggil duta Sweden untuk mengecam tindakan tersebut.
You can’t burn the Quran
Quran is the Word of Allah ﷻ
Memorized by Millions of Muslims by heart ❤️ pic.twitter.com/EYOxkQlSoE— shifaz (@shephaz) July 22, 2023
BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf