JENIN: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas melawat bandar Jenin di Tebing Barat pada Rabu.
Lawatan itu diadakan beberapa hari selepas 3 pegawai kanannya terpaksa meninggalkan upacara pengebumian susulan orang ramai yang berang dengan tindak balas kerajaan terhadap serangan israel beberapa hari sebelumnya.
Palestinian President Mahmoud Abbas visited the city of Jenin amid spreading anger over violence across the West Bank https://t.co/G5WyTYFu8j pic.twitter.com/ojM5SvPT9z
— Reuters (@Reuters) July 12, 2023
Kemarahan orang ramai di pengebumian pejuang yang terkorban dalam operasi rejim israel selama 2 hari menyerlahkan ketidakpopularan mendalam Pihak Berkuasa Palestin dan perpecahan yang semakin meluas di kalangan puak.
Presiden Palestin yang berusia 87 tahun itu, menziarahi tanah perkuburan tempat pengebumian diadakan di pintu masuk ke kem pelarian Jenin.
Palestinian President Mahmoud Abbas visited a cemetery in Jenin and laid a wreath at the graves of Palestinians killed in one of the largest Israeli military operations in the West Bank in years https://t.co/LeAADq6tUg pic.twitter.com/pHUEVCcgoo
— Reuters (@Reuters) July 12, 2023
Beliau berucap kepada orang ramai di pinggir kem di mana infrastruktur jalan raya rosak dan bangunan terbakar akibat operasi besar-besaran israel di Tebing Barat.
Abbas menyatakan komitmen bahawa kem berkenaan akan dibina semula.
Selama lebih setahun, serbuan israel di bandar seperti Jenin atau Nablus telah menjadi rutin dan orang awam menjadi mangsa perisai manusia.
Pihak Berkuasa Palestin menjalankan tadbir urus terhad ke atas bahagian Tebing Barat termasuk Jenin tetapi ia tidak berdaya untuk menghentikan serbuan israel.
Pasukan keselamatan Pihak Berkuasa Palestin, termasuk anggota unit pengawal Presiden Abbas sendiri telah dikerahkan dalam jumlah besar di Jenin selepas ketegangan dengan puak lain meletus secara terbuka semasa pengebumian minggu lalu.
Hamas, gerakan Islam yang mengawal Gaza dan Jihad Islam yang disokong Iran telah lama ‘tidak sebulu’ dengan Pihak Berkuasa Palestin.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh penjajahan haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Ayuh bersama MAPIM dalam membantu mereka, klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia