DuniaSemasa

Bakar Al-Quran: Ribuan penduduk adakan bantahan di Stockholm

STOCKHOLM: Ribuan penunjuk perasaan berkumpul di Stockholm pada Ahad sebagai membantah tindakan membakar Al-Quran di Sweden.

Perhimpunan itu berlangsung di dataran berhampiran masjid, tempat di mana seorang individu membakar naskhah Al-Quran pada 28 Jun lalu.

Menurut Polis Sweden, bantahan itu disertai kira-kira 3,000 peserta, lapor Xinhua memetik akhbar Dagens Nyheter (DN).

Kredit foto AFP

Pengerusi Persatuan Islam Bersatu Sweden, Mustafa Issa, yang menganjurkan protes berkenaan, berkata tindakan membakar Al-Quran itu satu perbuatan bertopengkan kebebasan bersuara dan ia tidak seharusnya dibenarkan berlaku.

BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button