Bolehkah penyembelihan haiwan korban diniatkan sekali dengan akikah?
Menurut pandangan muktamad dalam Mazhab Syafie, tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam satu masa. Meskipun korban dan akikah adalah dalam jenis yang sama iaitu sembelihan, namun kedua-duanya adalah ibadah sunat yang membawa maksud tersendiri dan berbeza antara satu sama lain.
Mengenai isu menghimpunkan niat korban dan akikah dalam satu sembelihan, para ulama’ berbeza pandangan dalam hal ini kepada 2 pendapat:
Pendapat Pertama: Ibadah korban tidak boleh digabungkan dengan akikah. Sekiranya dilakukan maka tidak terhasil (mendapat pahala) semua ibadah tersebut. Pendapat ini adalah pendapat ulama Syafi’iyah, Malikiyah dan salah satu pendapat daripada Imam Ahmad. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 9/370; al-Zakhirah, 4/166).
Imam Ibn Hajar al-Haitami berkata: “Seandainya seseorang berniat satu kambing untuk korban dan ‘aqiqah sekaligus maka tidak berhasil (diterima) sesuatu daripada keduanya dan ia adalah jelas, kerana setiap satunya (korban dan akikah) itu adalah sunat yang dimaksudkan. Dan tujuan korban adalah untuk penyantunan tetamu yang umum sementara tujuan akikah adalah untuk penyantunan tetamu yang khusus, dan adalah kedua-duanya berlainan antara satu sama lain (dalam masalah-masalah tertentu)”. (Rujuk: Tuhfah al-Muhtaj, 9/370).
Ibnu Hajar al-Haitami dalam Fatawa al-Kubra ketika ditanya mengenai kambing yang disembelih pada hari raya korban dan hari-hari tasyriq dengan niat korban dan akikah, adakah mendapat pahala kedua-duanya ataupun tidak? Lalu beliau menjawab:
“Sebagaimana pendapat ulama mazhab kami sejak beberapa tahun silam, tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban (dalam satu masa). Hal ini kerana yang kedua-keduanya (korban dan akikah) adalah ibadah sunat yang dimaksudkan secara zatnya (sehingga tidak boleh digabungkan dengan lainnya). Begitu pula keduanya memiliki sebab dan maksud tersendiri. Korban adalah sebagai tebusan untuk diri sendiri, manakala akikah adalah sebagai tebusan untuk anak yang diharap dapat tumbuh membesar menjadi anak soleh dan berbakti (kepada orang tua), dan (pendapat) yang mengatakan boleh digabungkan (niat) antara keduanya boleh membatalkan maksud kedua-dua ibadah tersebut”. (Rujuk: Al-Fatawa al-Fiqhiyyah al-Kubra, 4/256).
Pendapat ini mengatakan hujah tidak boleh digabungkan niat korban dan akikah dalam satu sembelihan adalah kerana kedua-duanya adalah ibadah sunat yang mempunyai maksud dan tujuan tersendiri dalam menumpahkan darah dan ianya tidak boleh menggantikan satu sama lain seperti dalam isu tidak boleh menghimpunkan ganti rugi kerana melaksanakan haji tamattu’ (dam al-tamattu’) dan ganti rugi kerana fidayah puasa (dam al-fidyah) Rujuk: (Tuhfah al-Maudud, hlm.68; al-Mufassal fi Ahkam al-Udhiyah, 1/107).
Disebut di dalam Mau’suah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah:
“Akikah adalah sembelihan yang dilaksanakan untuk mensyukuri nikmat yang telah dikurnakan dan nikmat kelahiran seorang anak sama ada lelaki atau perempuan, dan semestinya ia (akikah) berlainan dengan korban kerana tujuan korban adalah untuk mensyukuri nikmat kehidupan dan bukannya nikmat kelahiran”. (Rujuk: Mausu’ah al-Fiqhiyah al-Kuwaitiyah, 5/75).
Justeru, jelaslah bahawa tidak boleh menggabungkan niat akikah dan korban dalam satu sembelihan kerana kedua-duanya mempunyai sebab tersendiri iaitu akikah untuk meraikan kesyukuran atas kelahiran anak manakala korban adalah untuk menzahirkan kesyukuran atas nikmat (lebihan harta) yang telah dikurniakan oleh Allah SWT.
Pendapat kedua: Boleh menggabungkan niat korban dan akikah dalam satu sembelihan. Menurut pendapat ini, boleh melaksanakan korban sekaligus dengan niat akikah atau sebaliknya serta terhasil (mendapat pahala) kedua-duanya. Inilah pandangan Imam al-Ramli dari mazhab al-Syafie, salah satu pendapat dari Imam Ahmad dan pendapat ulama Hanafiyah. (Rujuk: Fath al-Bari, 12/13; Nihayah al-Muhtaj, 8/145; Kasysyaf al-Qina’, 3/29; Hasyiyah Ibn Abidin, 6/326).
Imam al-Ramli berkata: “Jika seseorang berniat korban serta akikah untuk seekor kambing yang disembelihnya maka terhasillah kedua-duanya, berbeza dengan pendapat yang mengatakan sebaliknya”. (Rujuk: Nihayah al-Muhtaj, 8/145-146).
Imam al-Hajawi berkata: “Sekiranya berhimpun akikah dan korban (dalam masa yang sama), dan diniatkan sembelihan untuk keduanya, iaitu akikah dan korban maka terhasil dan mendapat pahala kedua-duanya, sebagaimana yang didapati daripada Imam Ahmad”. (Rujuk: Kasysyaf al-Qina’, 3/30).
Mereka (pendapat kedua) berhujah bahawa ibadah korban dan akikah boleh digabungkan niat dalam satu sembelihan serta terhasil (mendapat pahala) kedua-duanya. Hal ini adalah diqiyaskan dengan masalah menghimpunkan dua ibadah dalam suatu masa seperti menunaikan solat dengan menghimpunkan niat solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat rawatib atau solat fardhu, maka akan diperoleh pahala keduanya. (Rujuk: Tuhfah al-Maudud, hlm. 87, Tashih al-Furu’, 3/564).
Disebut di dalam kitab Tuhfah al-Maudud:
“Dan hujah bagi pandangan yang mengatakan boleh (menghimpunkan niat korban dan akikah) dan sampai maksud keduanya dengan melaksanakan satu sembelihan, kerana melakukan ibadah korban untuk anak adalah dianjurkan sebagaimana melaksanakan akikah untuknya, sekiranya seseorang melakukan korban (untuk anaknya) dengan niat akikah dan korban maka terhasillah (mendapat pahala) kedua-duanya sebagaimana halnya orang yang melaksanakan solat dengan menghimpunkan niat solat sunat tahiyyatul masjid dan solat sunat rawatib. (Rujuk: Tuhfah al-Maudud, hlm. 87).
Artikel ini di rujuk daripada portal Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Ayuh laksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 June 2023
7 Sebab Mengapa MAPIM Malaysia?
✅ #1 KEUTAMAAN QURBAN UNTUK ASNAF DALAM NEGARA
MAPIM Malaysia sentiasa mengutamakan santuni masyarakat dalam negara menerusi ibadah Qurban & pengagihan sistematik untuk golongan Asnaf & mereka yang terkesan dalam Negara.
✅ #2 VIDEO BUKTI QURBAN UNTUK SETIAP SEMBELIHAN BUKAN UMUM!
Setiap peserta akan menerima video perlaksanaan ibadah Qurban secara eksklusif menerusi email (petugas MAPIM lapangan membaca nama peserta & sembelihan Qurban dilakukan). Ya! bukan secara umum tapi kesemua peserta akan menerima video satu-persatu sembelihan mengikut nama.
✅ #3 HADIAH PLAQUE DITULIS NAMA SEBAGAI CENDERAHATI
Plaque ukiran kayu eksklusif bertulis nama peserta korban bersama MAPIM sebagai cenderahati. Ukiran kayu ini boleh di letakkan di atas meja atau di gantung pada dinding.
✅ #4 SIJIL PENYERTAAN QURBAN DIPOS KE RUMAH ANDA
Selain plaque kayu, sijil penyertaan juga akan dipos terus ke alamat yang diberi semasa pendaftaran korban.
✅ #5 PENGALAMAN QURBAN 10 TAHUN DI 40 NEGARA
MAPIM mempunyai pengalaman misi kemanusiaan dan menjalankan ibadah korban dengan rakan kongsi di 40 buah negara sepanjang penubuhan.
✅ #6 RAKAN KERJASAMA AGENSI WAKAF KERAJAAN TURKI UNTUK TAHUN KE-10
Agensi wakaf Turki mempercayai dengan prestasi MAPIM membantu ummah di Syria dan telah menjalinkan kerjasama rapat kini tahun yang ke-10 untuk ibadah Qurban dalam negara
✅ #7 DIIKTIRAF KERAJAAN MALAYSIA DALAM AKTIVITI KEMANUSIAAN DALAM NEGARA
MAPIM mendapat pengiktirafan dan kerjasama baik daripada pelbagai Agensi, Kerajaan dan pihak Swasta serta pertubuhan dalam Malaysia dalam melakukan aktiviti kemanusiaan dalam negara. Pada 2021, MAPIM MALAYSIA telah dinobatkan sebagai The Best Humanitarian & Community Service Award oleh The BrandLaureate
Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.
Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.
“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” (HR. Ahmad dan Ibnu Majah)
Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari www.ibadahqurban.com
ATAU
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016.
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia