KerohanianSemasa

Keikhlasan dalam melakukan ibadah korban

Ibadah korban merupakan satu amalan keagamaan yang penting dalam Islam. Ia dilakukan sebagai tanda penghormatan, pengabdian, dan kesediaan untuk mengorbankan sesuatu yang bernilai sebagai ibadah kepada Allah SWT.

Namun, dalam setiap ibadah yang dilakukan haruslah dikerjakan dengan penuh keikhlasan dan bukan mengharapkan pujian semata-mata.

Firman Allah SWT:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَكِن يَنَالُهُ التَّقْوَى

“Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu.” (Surah al-Hajj: 37)

Ibadah korban yang dilakukan seharusnya mendidik diri menjadi seorang mukmin yang ikhlas. Yang melakukan ibadah bukan kerana ingin diperhatikan oleh manusia, bahkan seluruh amalnya hanya kerana Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalankan perintah-Nya). Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Jadi sebagai seorang muslim hendaklah sentiasa bermuhasabah terhadap apa juga amalan yang dikerjakan. Sentiasalah menilai semula ibadah yang dilakukan agar tidak menjadi amalan yang sia-sia kerana niat untuk mendapat perhatian manusia bukan keredaan dari Allah SWT.

Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button