KesihatanSemasa

Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah turut tangani isu kerohanian

MEKAH: Seorang pesakit yang mengalami masalah kesihatan tidak dapat tidur dan menangis sepanjang malam, sementara seorang lagi enggan makan ubat kerana bimbang kesan ubat berkenaan membuatkan solatnya tidak khusyuk.

Isu kerohanian itu adalah antara kes yang ditangani Pegawai Perubatan Spiritual, Dr Ahmad Fahmi Md Sahray di Pusat Rawatan Tabung Haji (TH) Mekah.

Ada pesakit yang baru-baru ini dimasukkan ke sini, sakit tidak kritikal tetapi persoalan spiritual begitu mendalam bertanyakan kenapa Tuhan bagi dugaan begini? Pesakit tidak dapat tidur sepanjang malam.

“Kita teroka persoalan itu dan Alhamdulillah, pesakit dapat melaluinya dan kembali normal“, katanya kepada BERNAMA.

Kredit foto arkib KKMalaysia

Dr Ahmad Fahmi berkata perubatan spiritual menekankan rawatan kaunseling dan keberadaan bersama pesakit dengan penuh belas ihsan bagi memahami dan membantu mereka mengatasi permasalahan yang timbul.

“Rata-rata pesakit yang masuk dalam wad ada komponen yang memberikan tekanan dan kegusaran kepada mereka dan melalui perubatan spiritual ini, kita lihat pesakit dapat atasi kegusaran tersebut, menambah kekuatan kepada mereka melalui keadaan yang sukar, seterusnya menyempurnakan ibadah haji”, katanya.

Menurutnya perubatan spiritual adalah pelengkap kepada perkhidmatan kesihatan dan telah diamalkan di negara maju seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Kredit foto arkib BERNAMA

Sementara itu, Pengarah Operasi Makkah (Perubatan) Dr Amin Sah Ahmad berkata selain perubatan spiritual, pusat rawatan itu mempunyai 194 katil dengan pelbagai kemudahan seperti makmal perubatan, radiologi dan ambulans selain ubat-ubatan mencukupi bagi musim haji 1444 Hijrah ini.

Beliau berkata pusat rawatan yang turut menempatkan 12 pakar perubatan antaranya dalam bidang respiratori, kecemasan dan ortopedik itu boleh dikategorikan sebagai hospital pakar minor.

Ketua Pakar Perubatan, Dr Nabilah Salman Parasi @ Sulaiman pula berkata dengan kepakaran dan kemudahan yang ada, pusat rawatan itu turut bersedia menghadapi sebarang kemungkinan kes jangkitan kuman atau bakteria baharu yang timbul pada musim haji.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button