KerohanianSemasa

Hukum orang tidak berkemampuan ingin melaksanakan ibadah korban

Perintah melaksanakan ibadah korban dalam Islam ditujukan kepada umat Islam yang merdeka, matang, berakal dan berkemampuan. Seseorang itu dikira berkemampuan sekiranya dia mempunyai lebihan harta setelah memenuhi keperluan harian dirinya dan tanggungannya pada hari Aidiladha serta Tasyriq. Lebihan itu mestilah mencukupi bagi melaksanakan ibadah korban menggunakan harta tersebut.

Para ulama telah menjelaskan bahawa perintah untuk berkorban pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq ialah bagi golongan yang berkemampuan. Imam al-Khatib al-Syarbini menjelaskan hal ini dengan berkata bahawa:

وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ الْحُرُّ الْبَالِغُ الْعَاقِلُ الْمُسْتَطِيعُ

Maksudnya: Golongan yang ditujukan perintah untuk melaksanakan korban itu ialah orang Islam, merdeka, baligh, berakal dan berkemampuan.[1] (Rujuk Mughni al-Muhtaj, 6:123)


Namun, jika seseorang itu tidak mempunyai lebihan harta yang mencukupi untuk memenuhi keperluan tersebut, maka dia tidak dianggap mampu dan tidak diperintahkan untuk melakukan ibadah korban. Dalam hal ini, tidak ada kewajipan menjual aset yang dikategorikan sebagai keperluan hidup seperti rumah atau kenderaan bagi melaksanakan ibadah korban.

Adalah penting untuk mengekalkan keseimbangan antara ibadah dan keperluan asas dalam Islam. Oleh itu, bagi mereka yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi untuk melaksanakan ibadah korban tidak diwajibkan mengorbankan harta yang diperlukan untuk memenuhi keperluan seharian.

Bagi mereka yang mempunyai lebihan keperluan untuk diri dan keluarga pada hari Aidiladha dan hari Tasyriq, disunatkan melaksanakan ibadah korban. Namun jika tidak cukup keperluan, tidak disunatkan untuk menunaikan ibadah korban.

Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button