DAMASCUS: Serangan udara oleh israel menghentam ibu kota Syria pada lewat malam Ahad, serangan seperti ini adalah yang pertama dalam hampir sebulan, demikian dilaporkan oleh media negara Syria.
Menurut agensi berita SANA, pertahanan udara Syria bertindak balas terhadap serangan di sekitar Damsyik dan menembak jatuh beberapa pesawat.
🇮🇱 🇸🇾 ⚡️4 Israeli F-16 fighter jets launched an airstrike towards Damascus. Syrian air defense activated to intercept targets.#Syria #Israelhttps://t.co/aUxKvqxATL pic.twitter.com/ipdOzDHZeP
— Battlefield Intel (@Battles_Intel) May 28, 2023
“Pertahanan udara kami berhadapan dengan peluru berpandu penceroboh dan kami telah menjatuhkan beberapa daripadanya dengan hanya kerugian material,” kata sumber tentera Syria.
Serangan udara terakhir yang disyaki israel ke atas Syria adalah pada 2 Mei, menyasarkan lapangan terbang antarabangsa di bandar Aleppo di utara Syria.
Serangan itu membunuh seorang askar Syria dan tujuh individu lain cedera dalam serangan berhampiran Aleppo, yang berlaku hanya sehari sebelum Presiden Iran, Ebrahim Raisi melawat Syria.
Tiada kenyataan segera daripada pihak berkuasa israel berhubung serangan Ahad ke atas Damsyik.
Pemantau perang pembangkang yang berpangkalan di Britain, Syrian Observatory for Human Rights berkata peluru berpandu israel telah menyasarkan tapak yang digunakan oleh kumpulan militan Lubnan Hizbullah, yang bersekutu dengan kerajaan Syria.
Serangan itu adalah yang ke-17 oleh israel ke atas wilayah Syria sejak awal tahun.