PalestinSemasa

Malaysia mengutuk pencerobohan terbaru ke atas Masjid Al-Aqsa

PUTRAJAYA: Malaysia mengutuk pencerobohan terbaru ke atas Masjid Al-Aqsa oleh zionis israel pada 18 Mei baru-baru ini.

Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), dalam satu kenyataan, berkata bahawa pencerobohan yang dirancang ke atas tapak suci umat Islam dan perarakan bendera di Kota Lama Baitulmaqdis memburukkan serta membahayakan lagi keselamatan penduduk Palestin.

“Tindakan sedemikian adalah provokasi yang jelas dan pencabulan terang-terangan terhadap kesucian tapak suci yang dihormati itu.”

“Masyarakat antarabangsa harus berhenti daripada terus menutup mata terhadap pencabulan hak asasi manusia dan dasar apartheid yang berterusan oleh rejim israel di Wilayah Pendudukan Palestin ini,” katanya.

Malaysia terus berpegang teguh dengan pendirian berprinsip bahawa rakyat Palestin berhak mendapat negara mereka sendiri yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Kotanya.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button