GENEVA: Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan lebih 800,000 pelarian dan orang yang kembali ke negara asal telah melarikan diri dari Sudan susulan konflik yang melanda.
Jurucakap Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Olga Sarrado, dalam taklimat akhbar PBB pada Selasa berkata kira-kira 600,000 daripada jumlah itu merupakan pelarian Sudan serta pelarian yang dihoskan oleh Sudan.
Selain itu, lebih 200,000 pelarian dari negara jiran Sudan Selatan dan dari tempat lain yang kini berada di Sudan mungkin terpaksa pulang lebih awal, kata Sarrado, lapor Agensi Anadolu.
Beliau berkata lebih 100,000 pelarian, termasuk pelarian Sudan serta Sudan Selatan pulang lebih awal, dan pelarian sedia ada di Sudan dipercayai telah melarikan diri ke negara jiran.
Sarrado berkata pergerakan rentas sempadan yang paling ketara setakat ini ialah pelarian Sudan yang tiba di Chad dan Mesir dan Sudan Selatan, kebanyakannya terdiri wanita dan kanak-kanak.
Over 100,000 refugees have now fled Sudan to neighbouring countries, according to data compiled by the UN Refugee Agency.
More via @Refugees : https://t.co/VX7vuvCKTW pic.twitter.com/jbUIIuk6wN
— Olga Sarrado Mur (@OlgaSarradoMur) May 2, 2023
“Walaupun UNHCR mempunyai operasi di banyak negara jiran, agensi itu menugaskan pasukan kecemasan tambahan dan mengaktifkan rantaian bekalan globalnya, termasuk pesanan untuk kira-kira 70,000 item bantuan teras daripada simpanan global kami untuk Chad dan Sudan Selatan,” kata Sarrado.
Jurucakap Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA), Jens Laerke, berkata Pelan Tindak Balas Kemanusiaan berjumlah AS$1.7 bilion untuk Sudan hanya dibiayai 14%.
OCHA menyeru semua penderma untuk segera menyokong kumpulan kemanusiaan supaya bantuan yang sangat diperlukan dapat disampaikan, kata Laerke.
Menurut Kementerian Kesihatan Sudan sekurang-kurangnya 528 orang terbunuh dan lebih 4,500 cedera sejak konflik di Sudan pada 15 April.
🚨 NEWS: As fighting in Sudan continues, people arrive in neighbouring countries in desperate need of help.
They urgently need shelter, safety and basic supplies. pic.twitter.com/8WO5od11jZ
— UNHCR, the UN Refugee Agency (@Refugees) May 1, 2023
BACA JUGA
Gaza kembali bergolak susulan penganiayaan Khader Adnan