BAITULMAQDIS: Klinik Lapangan di Masjid al-Aqsa hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui MyAqsa Defenders pada tahun 2021 rosak teruk akibat keganasan zionis israel.
Semasa serbuan Masjid Al-Qibli di perkarangan Al-Aqsa, tentera israel menyebabkan kerosakan yang teruk ke atas klinik perubatan di lokasi itu.
Saksi melaporkan bahawa askar israel menceroboh masuk ke klinik dan memusnahkan segala-galanya di dalamnya, meninggalkan kemudahan itu dalam keadaan kucar-kacir.
“Tidak semua sumbangan orang rakyat Malaysia datang dari orang yang senang, namun ada juga datang dari pesawah, peladang yang sanggup berjihad menyumbang untuk rakyat Palestin,” kata MyAqsa Defenders menerusi satu perkongsian di Facebook mereka.
Sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin telah ditangkap pada hari Rabu dan kekal dalam tahanan israel, menurut pegawai Palestin.
Mereka ditahan di balai polis di Atarot, Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi.
Pasukan Bulan Sabit Merah Palestin melaporkan terdapat 12 kecederaan, termasuk tiga orang yang telah dipindahkan ke hospital. Ia juga berkata dalam satu kenyataan bahawa tentera israel telah menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke Al-Aqsa.
Keganasan kali ini berkait rapat dengan perayaan Passover (Paskah) yang disambut oleh rakyat israel yang dijadualkan bermula pada 5 April dan akan berlangsung selama 7 hari.
BACA JUGA
Tentera zionis serang Gaza selepas menyerang jemaah Masjid Al Aqsa
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank
Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia