PalestinSemasa

Beraraklah ke Masjidil Aqsa & lindunginya! – Ismail Haniyeh

BAITULMAQDIS: Serbuan di Al-Aqsa pada Selasa bermula kira-kira jam 10 malam waktu tempatan apabila pihak polis israel mula dikesan memasuki lokasi berkenaan.

Mereka bermula dengan mengusir orang ramai dari halaman masjid. Berpuluh-puluh jemaah telah berada di sana untuk beriktikaf selepas ribuan jemaah menghadiri solat Tarawih yang lebih awal.

Iktikaf adalah amalan agama tidak wajib yang biasa dilakukan pada bulan Ramadan di mana jemaah bermalam di dalam masjid untuk bersolat, bertafakur dan membaca Al-Quran.

Ketika mereka yang duduk di halaman sedang diusir, berpuluh-puluh jemaah lain mengunci diri di dalam dewan solat Qibli untuk mengelak tindakan keras Israel.

Kredit foto Al Jazeera


Kira-kira sejam kemudian, polis israel memecahkan tingkap Masjid Qibli dan melepaskan gas pemedih mata serta bom pegun ke arah jemaah untuk memaksa mereka keluar sementara bekalan elektrik di dalam bangunan itu terputus. Mereka kemudian berjaya menceroboh masuk dan mula menyerang jemaah.

Sheikh Najeh Bkeirat, Timbalan Pengarah Wakaf Islam di Masjid Al-Aqsa, menyifatkan serbuan ganas itu dalam wawancara dengan Al Jazeera sebagai serangan yang dirancang.

Beliau berkata polis israel berkelakuan demikian adalah untuk menghantar mesej kepada rakyat Palestin bahawa israel adalah berdaulat tunggal ke atas Al-Aqsa yang boleh menentukan siapa yang boleh memasuki tapak itu dan bila.

Sheikh Najeh Bkeirat, Timbalan Pengarah Wakaf Islam di Masjid Al-Aqsa

“Apa yang dilakukan oleh muslimin di dalam Masjid cuma berdoa? Yang mereka ada hanyalah sejadah!” katanya.

Serbuan itu dikecam secara meluas oleh rakyat Palestin.

Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan Hamas

Ismail Haniyeh, Ketua Pergerakan Hamas, menggesa rakyat Palestin di Tebing Barat dan di jajahan israel untuk berarak ke Masjid Al-Aqsa dan ‘melindunginya’.

Ziyad Nakhla, ketua gerakan Jihad Islam Palestin, mengulangi mesej yang sama.

“Peristiwa di Masjid Al-Aqsa adalah ancaman kepada tempat ibadat suci kita dan rakyat Palestin mesti bersedia untuk konfrontasi tegas yang akan berlaku (dengan israel),” katanya dalam satu kenyataan.

Pergerakan Fatah berkata apa yang berlaku adalah ‘merbahaya’ dan memberi amaran bahawa pencerobohan israel ‘akan membayar harganya’.

Nabil Abu Rudeineh, jurucakap presiden Pihak Berkuasa Palestin, berkata tentera Israel telah ‘melintasi garis merah!’.

“Apa yang dilakukan oleh penceroboh zionis sekarang di tapak suci seperti di Al-Aqsa dan serangan terhadap jemaah adalah contoh perang tanpa henti terhadap rakyat Palestin serta negara Arab, yang akan mencetuskan kebakaran di seluruh wilayah,” kata Abu Rudeineh.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button