KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran magnitud 6.1 melanda pulau Sumatera di barat Indonesia pada Isnin, menggegarkan rumah penduduk.
Laporan setakat ini, tiada kemalangan jiwa atau kerosakan yang berlaku.
#Earthquake (#gempa bumi) possibly felt 31 sec ago in #Malaysia. Felt it? Tell us via:
📱https://t.co/LBaVNedgF9
🌐https://t.co/AXvOM7I4Th
🖥https://t.co/wPtMW5ND1t
⚠ Automatic crowdsourced detection, not seismically verified yet. More info soon! pic.twitter.com/zhWnOgK5Po— EMSC (@LastQuake) April 3, 2023
Ketua Pengarah METMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah berkata, gempa bumi berkedalaman 86 kilometer itu berlaku pada jarak 84 kilometer barat daya dari Padang Sidempuan, Indonesia.
Tambahnya lagi, gegaran turut dirasai di Malaysia iaitu di Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Saluran media utama Indonesia tidak memberi laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan tetapi beberapa penduduk melaporkan bahawa rumah mereka bergegar.
Penduduk Pangsapuri Pudu Impian 1 di Jalan Cheras, KL keluar dari kediaman mereka susulan gegaran yang dirasai akibat gempa bumi Utara Sumatera, Indonesia kira-kira pukul 11 tadi.
📸 JBPM KL pic.twitter.com/PQgK3m9haP— BERNAMA (@bernamadotcom) April 3, 2023
“Gempa bumi itu agak kuat dan panjang. Ia tidak seperti yang biasa. Kali ini rumah kami bergegar kuat,” kata Dody, seorang penduduk Kabupaten Tapanuli Utara di Sumatera utara.
METMalaysia turut memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa yang berlaku.