InspirasiSemasa

Humza Yousaf pemimpin termuda & muslim pertama terajui Scotland

EDINBURGH: Parlimen Scotland pada Selasa mengesahkan pelantikan Humza Yousaf, 37, sebagai menteri pertama negara itu yang menyaksikan beliau menjadi pemimpin termuda dan Muslim pertama menerajui kerajaan di Eropah barat.

Humza Yousaf akan menggantikan Nicola Sturgeon sebagai pemimpin Scottish National Party (SNP) dan menteri pertama Scotland selepas undian ahli parti.

Humza mengalahkan pesaing Kate Forbes dan Ash Regan dalam pertandingan sengit yang mendedahkan perpecahan dalam parti.

Kredit BBC news

Beliau sebelum ini memegang jawatan sebagai Setiausaha Kesihatan Scotland dan desas desus tentang pelantikan beliau menggantikan Nicola Sturgeon sebagai menteri pertama ke-6 telah lama kedengaran, walaupun Nicola tidak secara jelas menyokong mana-mana calon dalam pemilihan itu.

Beliau dijadual mengangkat sumpah jawatan menteri pertama Scotland hari ini dan mencipta sejarah sebagai pemimpin etnik minoriti pertama di UK.

BACA JUGA
MAPIM berusaha sedaya upaya laksana amanah Ummah – Dr Sani Araby

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button