PalestinSemasa

Puluhan pesakit sesak nafas akibat serangan israel di hospital

RAMALLAH: Tentera zionis israel menyerang Kompleks Perubatan Palestin di bandar Ramallah, Tebing Barat dengan gas pemedih mata menyebabkan puluhan pesakit lemas.

Konvoi kenderaan tentera menyerbu kem pelarian Qaddura, bersebelahan dengan kompleks perubatan, di mana tentera memecah masuk ke dalam rumah keluarga seorang banduan yang berada di belakang bar israel selama 2 minggu, dan melakukan pencarian menyeluruh.

Semasa konfrontasi yang berlaku, tentera bersenjata lengkap melepaskan tembakan ke arah pemuda tempatan yang cuba menghalang kemasukan mereka dan mengarahkan tembakan gas pemedih mata ke arah hospital.

Gas pemedih mata itu merebak melalui wad kardiologi dan kardiotoraks serta wad pediatrik, menyebabkan berpuluh-puluh sesak nafas dan panik dalam kalangan pesakit serta keluarga mereka.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Mai al-Kaila menyeru organisasi antarabangsa, termasuk Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC), mengambil tindakan segera untuk mengekang peningkatan serangan perkauman oleh zionis israel terhadap pusat perubatan Palestin.

Beliau juga menyeru ICRC untuk membuat lawatan segera ke kompleks perubatan bagi melihat sendiri realiti apa yang berlaku.

BACA JUGA
Isu Palestin: Amerika Syarikat selar kenyataan Menteri israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button