
KUALA LUMPUR: Kementerian Haji dan Umrah (MoHU) Arab Saudi pada Rabu mengumumkan kini permohonan permit untuk mengerjakan ibadah umrah sepanjang Ramadan 1444H dibuka.
Kementerian itu menerusi kenyataan dimuat naik di Twitter rasminya berkata, permohonan itu terbuka kepada semua warga Saudi dan warga asing dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
End of the visit of H.E. Minister of Hajj and Umrah Dr. Tawfiq AlRabiah to Malaysia.#Makkah_and_Madinah_Eagerly_Await_You pic.twitter.com/1SRxbWTTzD
— Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) February 28, 2023
“Permohonan hendaklah dibuat melalui aplikasi Nusuk atau Tawakkalna dengan syarat pemohon dalam status bebas jangkitan COVID-19 dan bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit COVID-19,” maklumnya.
Kenyataan itu turut menambah bahawa permit umrah bagi warga asing sah laku sehingga 90 hari, di samping mengingatkan para jemaah agar tidak tinggal di Arab Saudi melebihi tempoh berkenaan.
Welcome, Umrah pilgrims coming from #Malaysia 🕋#Makkah_and_Madinah_Eagerly_Await_You pic.twitter.com/Yh1RGtxZtJ
— Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) February 28, 2023