Semasa

Isteri pendakwah terkenal, Ustaz Farid Ravi meninggal dunia

KUALA LUMPUR : Isteri kepada pendakwah Prof Madya Datuk Dr Mohd Ravi atau dikenali Ustaz Farid Ravi iaitu Datin Suziana Mohd Soyong dilaporkan meninggal dunia, petang Isnin.

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah berkenaan menerusi hantaran dimuat naik di akaun Facebook miliknya jam 6.21 petang semalam.

Mohd Farid Ravi memaklumkan bahawa isterinya menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.40 petang di Hospital Serdang.

“Kepada semua yang mengenali isteri saya mohon doakan kebaikan dan keampunan untuk Almarhumah. Juga mohon dimaafkan salah dan silap. Sekiranya ada berhutang, mohon dihalalkan atau tuntutlah hutang Almarhumah daripada saya.

Solat jenazah telah diadakan selepas solat Isyak di Masjid Bandar Seri Masjid Bandar Seri Putra, Bangi, malam semalam.
“Semoga abah kuat jaga hadiah ummi enam orang dengan baik. Tenanglah ummi di sana,” katanya.
Dalam pada itu, rakan seperjuangan dakwah, Ustazah Asma’ Harun juga mengucapkan takziah atas pemergian isteri tercinta Ustaz Farid Ravi.

Allahyarhamah Ustazah Datin Hjh. Suziana Binti Mohd. Soyong merupakan seorang guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di SMK Bandar Seri Putra, Selangor, telah berkhidmat lebih kurang 15 tahun. AllahuAkbar, besar jasa serta pengorbanan Allahyarhamah dalam bidang pendidikan. Semoga Allah memberkati arwahyarhamah,” katanya menerusi satu perkongsian di facebook. 

 

Related Articles

Back to top button