ANTAKYA : Mangsa gempa bumi mengambil risiko untuk kembali ke rumah mereka yang rosak atau runtuh bagi menyelamatkan barangan yang boleh diselamatkan, beberapa jam sebelum satu lagi gempa bumi berukuran 6.4 magnitud melanda wilayah itu awal minggu ini.
Agensi berita Reuters melihat berpuluh-puluh orang memanjat timbunan runtuhan, merangkak melalui dinding yang retak dan memijak tangga yang pecah untuk mendapatkan dokumen, perabot dan peralatan elektrik yang boleh membantu mereka memulakan hidup semula.
Members of the Organization of Turkic States deliver humanitarian supplies to Türkiye as soon as the #TurkiyeQuakes struck on February 6 pic.twitter.com/bM10cnpU3K
— TRT World Now (@TRTWorldNow) February 22, 2023
Pegawai kerajaan, termasuk agensi pengurusan bencana AFAD, telah berulang kali memberi amaran kepada penduduk supaya tidak pulang ke rumah mereka yang rosak kerana runtuhan itu mendatangkan bahaya kepada keselamatan orang ramai.
Dua minggu selepas gempa bumi besar awal melanda Türkiye dan Syria, kebanyakan penduduk Antakya di sebuah daerah wilayah Hatay, telah meninggalkan atau berlindung di kem.
Apabila gempa bumi baru menggegarkan bandar selatan itu semula pada hari Isnin, media Turkiye melaporkan bahawa sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh ketika mengambil barang-barang.
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia