DuniaSemasa

Wanita berumur 42 tahun diselamatkan setelah 222 jam bawah runtuhan

ANKARA : Seorang wanita berusia 42 tahun telah diselamatkan dari runtuhan bangunan di bandar  Kahramanmaras, di mana dia terperangkap selama hampir 222 jam.

Pekerja penyelamat membawa wanita itu, dikenali sebagai Melike Imamoglu, dengan diikat pada pengusung ke ambulan berhampiran.

Ia suatu perkara yang menakjubkan kerana penemuan mangsa yang terselamat semakin perlahan pada hari kesembilan operasi menyelamat di Kahramanmaras berhampiran dengan pusat gempa bumi.

Angka kematian akibat gempa bumi Turkiye dan Syria telah mencecah 41,000 orang.

Pihak berkuasa Turkiye berkata seramai 35,418 orang telah terbunuh di negara itu dan kerajaan Syria memaklumkan bahawa lebih 5,800 orang terkorban di Syria.

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank  : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button