SYRIA : Gempa bumi yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria telah membawa kepada kemusnahan yang besar.
Di Turkiye, terdapat pelbagai bantuan disalurkan dan penyelamat terbang dari seluruh dunia bagi misi mencari serta menyelamat.
Namun di utara Syria, keadaannya lebih rumit kerana peperangan yang terjadi di sana masih belum berakhir.
Idlib dan Aleppo merupakan kawasan di barat laut Syria yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi dan ia adalah kawasan di bawah kawalan kumpulan yang berbeza.
1/2 – Our teams continue search operations and recover those trapped under the rubble of buildings destroyed by the #earthquake. Today, Sunday, February 12, our teams began opening roads that were partially or completely closed by rubble in several areas of northwest #Syria. pic.twitter.com/doBSAUhKxy
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 12, 2023
Selama tiga hari selepas gempa bumi, tiada bantuan yang diberikan. Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB) melaporkan bahawa jalan yang rosak di sebelah Turkiye menyebabkan trak tidak dapat dibawa ke sempadan.
Menurut Pegawai Media Bab Al-Hawa, Mazen Alloush berkata, konvoi bantuan pertama sejak gempa bumi baru masuk, termasuk enam trak. Konvoi ini sepatutnya tiba sebelum gempa bumi berlaku, tetapi ia hanya masuk selepas operasi disambung semula.
Kini, di wilayah kerajaan beberapa bantuan telah tiba. Negara-negara seperti Rusia, Iran, Iraq dan Algeria telah menghantar bantuan kepada kerajaan Syria.
Sadness and joy intertwined, emotions ran high as rescuers saved two girls and a man from the #earthquake's wreckage.
Jenderes, north of Aleppo, #Syria Monday, Feb 6th. pic.twitter.com/5D5UNpg9XR— The White Helmets (@SyriaCivilDef) February 12, 2023
Di Syria, semua bantuan perlu dirundingkan, dipersetujui dan dipantau pada peringkat tertinggi dalam penyelarasan dengan kerajaan Syria melalui Rusia serta Turkiye. Kebanyakannya dilakukan melalui Persatuan Bangsa-bangsa bersatu dan mengambil masa yang agak lama.
Namun, penduduk kini berada dalam keadaan kedinginan, lapar, cedera, atau lebih teruk lagi, masih terperangkap di bawah runtuhan.
MAPIM Malaysia yang kini sudah berada di selatan Turkiye bagi membantu mangsa gempa di sana sedang mencari jalan bagi turut menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas di Syria akibat gempa dan juga peperangan.
MAPIM menggesa rakyat Malaysia agar terus berdoa dan menghulurkan bantuan secara tunai dan barangan kepada mereka yang memerlukan.
Sumbangan boleh disalurkan kepada MAPIM untuk penghantaran segera ke Turkiye dan Syria.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia