PalestinSemasa

Rumah penduduk Palestin dirobohkan di Nablus

NABLUS: Tentera israel merobohkan dua rumah milik Palestin di kampung Duma, selatan bandar Nablus Tebing Barat yang diduduki, menurut sumber.

Suleiman Dawabsheh, ketua majlis kampung Duma, memberitahu WAFA bahawa tentera israel, diiringi jentolak, menyerbu bahagian timur kampung itu, serta merobohkan dua rumah milik penduduk tempatan Mohammad Ali dan Khaled Muleihat dengan alasan bahawa mereka dibina di Kawasan C.

Tambahnya, satu rumah berkeluasan 160 meter persegi, manakala satu lagi berkeluasan 200 meter persegi.

Dawabsheh berkata pihak berkuasa israel mengeluarkan 200 notis perobohan terhadap rumah di kampung itu, menyatakan kebimbangan bahawa ini boleh menyebabkan lebih banyak perobohan rumah dan pemindahan penduduk.

Beliau menyatakan bahawa penduduk kampung, yang berjumlah kira-kira 3500 orang, sedang melalui pertempuran undang-undang di mahkamah israel untuk mempertahankan rumah mereka daripada perobohan israel.

Sejak dahulu lagi, kekejaman dengan merobohkan rumah penduduk Palestin atas alasan tiada lesen, kerap dilakukan oleh tentera israel.

Mereka merobohkan rumah penduduk Palestin sehingga sebilangan penduduk kehilangan tempat tinggal dan perlindungan.

Tambahan lagi, zionis israel ingin mengosongkan kawasan penduduk Palestin untuk digunakan sebagai perusahaan penempatan haram mereka.

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button