PalestinSemasa

Pagi Jumaat di Tebing Barat dihujani serangan udara israel

BAITULMAQDIS: Pertempuran antara pejuang di Gaza dan askar israel dilaporkan bermula dengan serangan udara awal Jumaat selepas ketegangan memuncak berikutan serbuan zalim israel di Tebing Barat yang membunuh 10 rakyat Palestin, termasuk sekurang-kurangnya tujuh militan dan seorang wanita berusia 61 tahun.

Daripada 5 roket yang dilancarkan israel, 3 telah dipintas, satu jatuh di kawasan lapang dan satu lagi jatuh di dalam Gaza, menurut tentera. Menurut israel, serangan udara itu kononnya menyasarkan tapak pembuatan roket bawah tanah Hamas serta kawasan latihan militan.

Roket itu dilancarkan dengan siren serangan udara di selatan israel tetapi tiada laporan kematian dilaporkan di kedua-dua belah pihak.

Walaubagaimanapun, kedua-dua pihak kelihatan melancarkan serangan terhad untuk mengelakkan peningkatan kepada perang besar-besaran. Hamas dan israel telah bertempur dalam 4 peperangan dan beberapa pertempuran kecil sejak kumpulan itu merampas kuasa di Gaza daripada pasukan musuh pada 2007.

Serbuan maut Khamis di kem pelarian Jenin mungkin akan mengundang pertembungan lebih besar pada Jumaat selepas rakyat Palestin berkumpul untuk solat mingguan umat Islam yang sering diikuti dengan protes. Hamas sebelum ini mengancam membalas dendam atas serbuan Jenin itu.

Pihak Berkuasa Palestin berkata ia akan menghentikan hubungan yang dikekalkan oleh pasukan keselamatannya dengan israel dalam usaha bersama untuk membendung militan. Ancaman sebelum ini adalah jangka pendek, sebahagiannya kerana faedah yang dinikmati oleh pihak berkuasa daripada hubungan itu dan juga disebabkan oleh tekanan AS serta israel untuk mengekalkannya.

Pihak Berkuasa Palestin sudah mempunyai kawalan terhad ke atas kawasan di Tebing Barat, dan hampir tiada kawalan ke atas kubu militan seperti di kem Jenin. Tetapi pengumuman itu boleh membuka jalan kepada israel untuk meningkatkan operasi serangan.

Hampir 150 rakyat Palestin terbunuh di Tebing Barat serta timur Baitulmaqdis tahun lalu, menjadikan 2022 sebagai tahun yang paling teruk di wilayah tersebut sejak 2004, menurut B’Tselem dan setakat tahun ini, 30 rakyat Palestin telah terbunuh.

BACA JUGA
Seorang lagi korban Palestin berhampiran Baitulmaqdis

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button