JOHOR BAHRU: Banjir di Johor dilaporkan memburuk dengan penambahan 5,462 mangsa daripada 1,218 keluarga ditempatkan di 48 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di 7 daerah, setakat 7 malam.
Menurut Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) , Tan Sri Azmi Rohani, Pontian menjadi daerah terbaharu dilanda banjir dengan pembukaan satu PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya yang menempatkan 18 mangsa daripada empat keluarga.
Tambah beliau, Segamat kekal menjadi daerah tertinggi menempatkan mangsa banjir iaitu 1,536 mangsa banjir daripada 431 daripada 19 PPS.
Ia diikuti jumlah mangsa banjir di Kluang seramai 1,235 mangsa banjir daripada 356 keluarga ditempatkan di 12 PPS.
“Kota Tinggi menempatkan 597 mangsa banjir daripada 145 keluarga di 6 PPS,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Jelas beliau lagi, Mersing pula menempatkan 851 mangsa banjir daripada 258 keluarga di 5 PPS, manakala Batu Pahat menempatkan 119 mangsa banjir daripada 35 keluarga di 2 PPS.
Menurut pihak APM Batu Pahat, PPS Sekolah Kebangsaan Seri Binjai, Tongkang Pechah telah diaktifkan yang menempatkan seramai 8 keluarga setakat jam 11 malam.
Pemantauan paras air juga diteruskan ke kawasan-kawasan hotspot yang lain di sekitar kawasan Batu Pahat.
Manakala di Muar pula terdapat tiga PPS yang menempatkan 206 mangsa banjir daripada 46 keluarga.
BACA JUGA
MAPIM berusaha sedaya upaya laksana amanah Ummah
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau klik ke www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038