DuniaSemasa

Arab Saudi terima 2 juta jemaah Haji tahun ini

RIYADH: Arab Saudi sedia menerima 2 juta jemaah haji tahun ini bagi musim 1444 Hijrah.

Perkara itu diumumkan Menteri Haji dan Umrah, Dr. Tawfiq Al-Rabiah bahawa kerajaan Arab Saudi bersedia menerima seramai dua juta jemaah untuk musim haji tahun ini, lapor akhbar Saudi Gazette pada Selasa.

Tambahnya, jumlah itu sama seperti yang diterima oleh Arab Saudi sebelum pendemik COVID-19.

Dalam sidang media sama, beliau turut menekankan usaha gigih kementerian dan pelbagai agensi berkaitan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan logistik terbaik kepada jemaah haji serta umrah.

Aplikasi Nusuk boleh dimuat turun melalui platform Apple & Android

Beliau turut merujuk kepada kepelbagaian perkhidmatan disediakan melalui aplikasi Nusuk dalam cara yang dapat menambah baik pengalaman jemaah ketika berada di Arab Saudi, terutamanya selepas mereka memanjangkan tempoh visa dari 30 kepada 90 hari.

Beliau dipetik berkata demikian ketika lawatan rasmi ke Algeria yang mendapat peruntukkan 41,300 kuota haji tahun ini.

Lawatan itu juga sebahagian daripada usaha strategik antara agensi kerajaan kedua-dua negara bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala.

Related Articles

Back to top button