ROTTERDAM: Muhammad menjadi nama ke-2 paling popular yang menjadi pilihan ibu bapa untuk bayi lelaki di Belanda pada 2022, lapor Agensi Anadolu.
Menurut data terkini Dutch Social Insurance Bank (SVB) pada Khamis, Noah pula nama paling popular di negara berkenaan dengan seramai 871 bayi manakala Emma pula menjadi pilihan untuk bayi perempuan seramai 677.
Menggabungkan pelbagai ejaan nama itu, Muhammad mendapat tempat ke-2 antara nama yang diberikan untuk bayi lelaki, seramai 671 orang.
Menurut BabyCentre, iaitu sebuah syarikat media dalam talian yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat, nama Muhammad mendahului nama-nama lain dalam top 100 nama popular pilihan ibu bapa bagi bayi lelaki.
Rekod ini kekal untuk dua tahun berturut-turut sejak tahun 2019.