
BAITULMAQDIS: Pasukan pendudukan israel telah menyerang penduduk Palestin semasa perhimpunan provokatif yang diadakan oleh penjajah yahudi di Kota Lama Baitulmaqdis yang diduduki, petang Selasa.
Watch: Israeli occupation forces assaulted #Palestinians during a provocative rally held by Jewish settlers in the Old City of occupied #Jerusalem. pic.twitter.com/wldYdUlNP6
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 3, 2023
Perkara ini berlaku setelah Menteri Keselamatan israel, Itamar Ben-Gvir, menyerbu perkarangan Masjid al-Aqsa di bandar Baitulmaqdis yang diduduki di bawah perlindungan berat tentera israel.
Watch: Fanatic Israeli settlers storm al-Aqsa Mosque compound in the occupied city of #Jerusalem, today, under heavy protection from the Israeli police.#IsraeliTerrorism #الاقصي_في_خطر pic.twitter.com/tTaBnbsnpB
— Wafa News Agency – English (@WAFANewsEnglish) January 3, 2023
Ben-Gvir memasuki tapak suci Islam dari Pintu al-Maghariba dan tiba di plaza Tembok Al-Buraq.
Tindakan ini berlaku dua hari selepas dia mengumumkan hasratnya untuk menyerbu halaman Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis yang diduduki.
Media coverage: "Israeli occupation forces attacked Palestinians during a provocative rally held by Jewish colonizers in the Old City of occupied Jerusalem, this evening." pic.twitter.com/KhgirUcw2m
— Quds News Network (@QudsNen) January 3, 2023
Pasukan dan penduduk Palestin telah mengecam Menteri Keselamatan israel yang ekstremis ini sambil menegaskan bahawa ini adalah serangan terhadap rakyat kita.
Palestinian Authority President Mahmoud Abbas today said he would seek a UN Security Council condemnation of Israel's violations against Jerusalem's Al-Aqsa Mosque, according to WAFA News Agency. pic.twitter.com/7gi9xC1LJ9
— Quds News Network (@QudsNen) January 3, 2023
Buat pertama kali sejak pelantikannya sebagai Menteri Keselamatan, pelampau Ben Gvir menyerbu Masjid Al-Aqsa yang dirahmati pada hari Selasa di bawah kawalan pegawai polis dan tentera israel.
Menurut Agensi Berita WAFA, Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas berkata beliau akan meminta Majlis Keselamatan PBB menjatuhkan hukuman kepada pencabulan israel terhadap Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis.
Qatar severely condemned the Israeli National Security Minister’s storming of Al Aqsa Mosque under the protection of Israeli occupation forces, calling it a flagrant violation of international law. #marsalqatar #qatar pic.twitter.com/RnvMnUit6v
— Marsal Qatar English (@MarsalQatar_EN) January 4, 2023
Tindakan yang dilakukan ini telah menerima banyak kecaman dan bantahan dari sebilangan negara Arab serta NGO kerana tindakan itu akan memburukkan lagi keadaan keselamatan di wilayah yang diduduki Palestin.
BACA JUGA
Bukan selamat tinggal, kita akan bertemu lagi di syurga – Adam Ayyad
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini