DomestikSemasa

Wisma Jakel terbakar dipercayai akibat litar pintas

SHAH ALAM: Berlaku litar pintas dipercayai menjadi punca kebakaran 3 tingkat Wisma Jakel di Seksyen 7 pada pagi Ahad.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim melaporkan, kebakaran bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Kita menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira jam 7 pagi dan anggota polis bertugas menjalankan kawalan lalu lintas dan kawalan keselamatan di lokasi kejadian.”

“Punca kebakaran dipercayai akibat litar pintas di premis tersebut,” katanya menerusi kenyataan kepada media.

Pada Ahad, di pagi tahun bharu, bangunan Wisma Jakel itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 6:40 pagi.

Kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, cawangan berkenaan membawa keuntungan kepada syarikat sekitar RM300 juta setahun.

Menurutnya, jumlah kerugian bagaimanapun hanya membabitkan nilai bangunan, manakala jumlah sebenar masih belum dapat dianggarkan.

Namun begitu, pemilik Jakel memberi jaminan 500 kakitangan cawangan Shah Alam di Seksyen 7 akan tetap menerima gaji seperti biasa.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button